Semoga Dipanjangkan Jodoh Kita Berdua...

Daisypath Anniversary tickers

PLEASE FEEL FREE TO DROP YOUR LINK HERE! TQ.

Sunday, February 13, 2011

Salam Maulidur Rasul - 15 Februari 2011 bersamaan dengan 12 Rabiul Awal 1432 H

Assalammualaikum semua warga umat Islam...


Pada 15 Februari 2011 ini bersamaan dengan 12 Rabiul Awal 1432 H, kita semua umat Islam akan menyambut Hari Kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. nabi junjungan kita.

Setiap tahun pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan majlis-majlis keilmuan. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah s.w.t. kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul dan majlis-majlis kelimuan seumpamanya. Dengan adanya majlis seperti ini, diharapkan agar kita dapat memperkuatkan lagi ilmu agama kita, berkongsi ilmu akhirat sesama kita.




LATAR BELAKANG NABI MUHAMMAD S.A.W.

Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam (Arab: نبي محمد صلى الله عليه وسلم‎) adalah pesuruh Allah yang terakhir. Baginda adalah pembawa rahmat untuk seluruh alam dan merupakan Rasulullah bagi seluruh umat di dunia. Sesungguhnya Nabi Muhammad merupakan satu anugerah dan kurniaan Allah SWT kepada umat manusia untuk menunjukkan jalan yang lurus dan benar. Baginda bukan sahaja diangkat sebagai seorang rasul tetapi juga sebagai khalifah, yang mengetuai angkatan tentera Islam, membawa perubahan kepada umat manusia, mengajarkan tentang erti persaudaraan, akhlak dan erti kehidupan yang segalanya hanya kerana Allah SWT. Nabi Muhammad dilahirkan di Makkah, Arab Saudi dan kembali ke rahmatullah di Madinah. Walaupun diketahui bahawa Muhammad merupakan rasul dan nabi terakhir bagi umat manusia oleh orang Islam, tetapi orang-orang Yahudi dan Kristian enggan mengiktiraf Muhammad sebagai nabi dan rasul. Nabi Muhammad merupakan pelengkap ajaran Islam setelah Nabi Musa dan Nabi Isa.
Surah Al-Anbiya, ayat 107 bermaksud:
Surah Al-Anbiya, ayat 107
"Dan tidak kami (Allah) utuskan kamu (wahai Muhammad) melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam."

Kelahiran Baginda

Nabi Muhammad telah diputerakan di Makkah, pada hari Isnin, 12 Rabiulawal (20 April571M). Ibu baginda, iaitu Aminah binti Wahb, adalah anak perempuan kepada Wahb bin Abdul Manaf dari keluarga Zahrah. Ayahnya, Abdullah, ialah anak kepada Abdul Muthalib. Keturunannya bersusur galur dari Nabi Ismail, anak kepada Nabi Ibrahim kira-kira dalam keturunan keempat puluh.
 
Ayahnya telah meninggal sebelum kelahiran baginda. Sementara ibunya meninggal ketika baginda berusia kira-kira enam tahun, menjadikannya seorang anak yatim. Menurut tradisi keluarga atasan Mekah, baginda telah dipelihara oleh seorang ibu angkat(ibu susu:-wanita yang menyusukan baginda) yang bernama Halimahtus Sa'adiah di kampung halamannya di pergunungan selama beberapa tahun. Dalam tahun-tahun itu, baginda telah dibawa ke Makkah untuk mengunjungi ibunya. Setelah ibunya meninggal, baginda dijaga oleh datuknya, Abdul Muthalib. Apabila datuknya meninggal, baginda dijaga oleh bapa saudaranya, Abu Talib. Ketika inilah baginda sering kali membantu mengembala kambing-kambing bapa saudaranya di sekitar Mekah dan kerap menemani bapa saudaranya dalam urusan perdagangan ke Syam (Syria).

Sejak kecil, baginda tidak pernah menyembah berhala dan tidak pernah terlibat dengan kehidupan sosial arab jahiliyyah yang merosakkan dan penuh kekufuran.


KeRasulan Baginda

Baginda telah dilahirkan di tengah-tengah masyarakat jahiliyah. Ia sungguh menyedihkan hatinya sehingga beliau kerapkali ke Gua Hira, sebuah gua bukit dekat Makkah, yang kemudian dikenali sebgai Jabal An Nur untuk memikirkan cara untuk mengatasi gejala yang dihadapi masyarakatnya. Di sinilah baginda sering berfikir dengan mendalam, memohon kepada Allah supaya memusnahkan kedurjanaan yang kian berleluasa.

Pada suatu malam, ketika baginda sedang bertafakur di Gua Hira, Malaikat Jibril mendatangi Muhammad. Jibril membangkitkannya dan menyampaikan wahyu Allah di telinganya. Baginda diminta membaca. Baginda menjawab, "Saya tidak tahu membaca". Jibril mengulangi tiga kali meminta Muhammad untuk membaca tetapi jawapan baginda tetap sama. Akhirnya, Jibril berkata:

"Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dengan nama Tuhanmu yang Amat Pemurah, yang mengajar manusia dengan perantaraan (menulis, membaca). Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya."
 
Ini merupakan wahyu pertama yang diterima oleh Muhammad. Ketika itu baginda berusia 40 tahun. Wahyu itu turun kepada baginda dari semasa ke semasa dalam jangka masa 23 tahun. Siri wahyu ini telah diturunkan menurut panduan yang diberikan Rasulullah dan dikumpulkan dalam buku bernama Al Mushaf yang juga dinamakan Al-Quran (bacaan). Kebanyakkan ayat-ayatnya mempunyai erti yang jelas. Sebahagiannya diterjemah dan dihubungkan dengan ayat-ayat yang lain. Sebahagiannya pula diterjemah oleh Rasulullah sendiri melalui percakapannya, tindakan dan persetujuan yang terkenal, dengan nama Sunnah. Al-Quran dan al Sunnah digabungkan bersama untuk menjadi panduan dan cara hidup mereka yang menyerahkan diri kepada Allah. (Source : Wikipedia)

Antara cabaran hebat baginda:

1. Penentangan hebat kafir Quraisy terhadap Baginda khususnya daripada Abu Jahal, Abu Lahab, Abu Sufyan dan Ketua Munafik, Abdullah Bin Ubay Bin Salul.

2. Baginda tercedera di dalam Perang Uhud di mana umat Islam tewas kepada tentera Quraisy Makkah.

3. Baginda menghadapi ancaman hebat daripada penduduk Makkah selama 13 tahun menjadi Nabi serta menghadapi tentangan puak Yahudi Bani Quraidzah, Bani Nadhir dan Bani Qainuqa' di Madinah. (Source : Buku "Indahnya Hidup Bersyariat")

Masih banyak kisah dan cerita tentang Baginda yg boleh diperolehi di dalam internet mahu pun buku-buku kisah para Nabi dan Rasul di luar sana. Antaranya : 






Jadi bagi sesiapa yg ingin mengetahui dengan lebih lanjut cerita dan kisah mengenai para Nabi dan Rasul, bolehlah cuba mencari buku2 ini di luar sana ... 

(Buat adik2 tersayang, jgn terlalai dengan adanya "Hari Kekasih" pada 14hb Februari 2011 ini. Marilah kita semua wahai adik-adikku tersayang, kita memperbanyakkan amalan kita dengan memperingati Hari Kelahiran Nabi Junjungan kita, Nabi Muhammad S.A.W. yg akan disambut pada 15hb Februari 2011 ini. Semoga apa yg kita perjuangkan, mendapat keberkatan dari Yg Maha Esa...Amin.)
~ aku seorang muslimah ~
   13 Feb 2011

Friday, February 11, 2011

Assalammualaikum....

Alhamdulillah....dengan bernafasnya lagi aku di dunia ini, dapat aku menyempurnakan hasrat aku selama ini ingin tidak dapat tidak untuk memberi sedikit bakti buat agama yg ku cintai sebagai bekalan akhirat! Allahuakbar! Dgn suci nama Allah s.w.t. yg memberikan aku kehidupan yg selesa di samping keluarga yg tersayang...dilahirkan didalam agama yg sempurna...agama ISLAM.

Aku berdoa kehadrat Ilahi, semoga dengan lahirnya catatan ringkasku di sini, dapat aku mencoret dan berkongsi sedikit sebanyak ilmu akhirat yg Insyaallah, dapat membantu kita di dunia ini agar tidak terus hanyut dengan harta dunia, tidak terus hanyut dengan keseronokan sehingga mengabaikan kewajipan kita sebagai anak Adam, khalifah yg telah dicipta dengan akal fikiran, untuk menyambung segala perjuangan Rasul dan Nabi junjungan kita untuk menampilkan Islam sebagai satu cara anutan hidup yg lengkap, sempurna dan diredhai oleh Allah s.w.t.

Akhir sekali, moga segala coretan aku di sini akan dapat membantu bukan sahaja aku sendiri, keluargaku, malah dapat membantu umat Islam yg lainnya untuk memperbaiki diri kita bagi menjadi umat Islam yg sempurna, beriman, bertaqwa untuk menjamin masa depan kita di akhirat kelak!

Insyaallah, amin.....


Yang benar,
~ aku seorang muslimah ~